Bunuh ayah kerana tak dapat permainan PlayStation

Iklan
Gambar hiasan Detik.com.

YOGYAKARTA - Seorang anak tergamak membunuh ayahnya sendiri selepas permintaannya untuk mendapatkan permainan PlayStation tidak dipenuhi.

Kompas melaporkan kejadian pembunuhan berlaku pada Isnin di Ngaglik, Sleman, daerah Istimewa Yogyakarta (DIY).

Iklan
Iklan

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai FPN didapati pernah mendapatkan rawatan di hospital sakit jiwa yang menyebabkan polis sukar untuk mendapat keterangan daripadanya.

"Pihak polis sukar untuk meminta kenyataan daripada FPN, kerana pertuturannya tidak jelas," ujar Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Sleman AKP Risky Adrian kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Susulan itu, jelasnya polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada hospital yang pernah dirujuk oleh suspek untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, polis mengesahkan bahawa kejadian itu dilakukan pelaku di rumah mereka di daerah Ngaglik, Sleman. Dipercayai ayah suspek meninggal dunia setelah dipukul menggunakan senjata tumpul. - Agensi

Iklan