KPDN beriltizam teruskan aspirasi Salahuddin Ayub

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 23 Julai tahun lalu. Gambar kecil: Fuziah, Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) beriltizam untuk meneruskan aspirasi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang beliau dilakukan sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, Sallahuddin merupakan figura yang banyak memberi khidmat kepada negara.

Iklan
Iklan

"Bapa Rahmah, tidak akan dilupakan. Sudah genap setahun pemergian Allahyarham Datuk Salahuddin Ayub, seorang individu yang banyak memberi khidmat pada negara sepanjang hayat beliau.

"Saya dan pihak kementerian akan tetap meneruskan aspirasi yang beliau lakukan sebelum ini dan sentiasa membantu para peniaga dengan pelbagai inisiatif disediakan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambah Fuziah, beliau tidak akan melupakan jasa dan khidmat Allahyarham dan berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau kehilangan seorang sahabat rapat yang luar biasa.

Iklan

"Malam ini saya hadir majlis tahlil dan memperingati Allahyarham Datuk Salahuddin Ayub anjuran Yayasan Rahmah Malaysia. Hari ini genap setahun pemergian beliau. Terasa cepat masa berlalu.

"Saya kehilangan seorang sahabat rapat yang luar biasa. Lemah lembut, penyabar, pendengar yang baik, pendamai dan seorang ‘political diplomat’,” ujarnya.

Jelas Saifuddin, Allahyarham merupakan individu yang memulakan Menu Rahmah iaitu hidangan berharga RM5 dan ia didukung pelbagai pemain industri borong dan runcit.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai legasi Allahyarham.

"Inisiatif yang mudah, namun mampan. Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan keampunan buatmu di sana sahabatku,” katanya.