PRK Nenggiri: UMNO perlu diberi mandat untuk teruskan agenda pembangunan

Iklan
UMNO perlu diberi mandat oleh pengundi di Nenggiri bagi memastikan agenda pembangunan di jajahan itu dapat diteruskan pada masa akan datang. Gambar kecil: Adly

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO perlu diberi mandat oleh pengundi di Nenggiri bagi memastikan agenda pembangunan di jajahan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, BN di bawah Kerajaan Perpaduan ketika ini dilihat mampu menjadi penghubung antara Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan Persekutuan dalam usaha meneruskan transformasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Gua Musang termasuk Nenggiri memberikan hasil cukup besar kepada kerajaan Kelantan (dengan) hampir RM60 juta pendapatan negeri merupakan hasil projek pembangunan.

"Namun jika dilihat Nenggiri macam anak tiri bagi kerajaan Kelantan kerana dari segi peruntukan dan keutamaan, biasanya (kawasan itu) di hujung.

Iklan

"Jadi saya tidak nafikan bahawa kawasan ini memang anak tiri bagi kerajaan Kelantan," katanya menerusi hantaran video di laman Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan memuji bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika memimpin jajahan itu sebelum ini.

Iklan

"Beliau sentiasa berusaha untuk bangunkan Gua Musang dan kawasan dalam Parlimen itu termasuk Nenggiri.

"Jadi saya fikir sudah tiba masanya kita berusaha untuk BN-UMNO diberi mandat," ujarnya.

Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, bulan depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos depan, manakala 17 Ogos hari pengundian.