PN boleh menang, tapi majoriti tak besar
Iklan
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos depan menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berazam untuk menang besar.
Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, momentum kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap mahu diteruskan di Nenggiri kali ini dengan hasrat meraih majoriti 3,200 undi.