Pemenang EPL 2016 cari nafkah di tapak pembinaan

Iklan
Drinkwater memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dia sedang bekerja di tapak pembinaan. Foto Agensi

DANNY Drinkwater menegaskan bahawa bekerja di tapak binaan adalah pilihannya sendiri setelah menerima mesej berbaur penghinaan yang mengatakan dia telah jatuh ke tahap paling rendah dalam hidupnya.

Drinkwater mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional pada Oktober tahun lalu selepas gagal mendapatkan kelab lain selepas tempoh pinjamannya di Reading untuk kempen 2021/22 berakhir.

Iklan
Iklan

Pemain tengah berusia 34 tahun itu menikmati kerjaya yang mengagumkan, bermula di Manchester United sebelum memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester (musim 2015/16), meraih tiga caps untuk England dan memeterai perpindahan bernilai £35 juta (RM211 juta) ke Chelsea.

Drinkwater menjulang trofi EPL selepas Leicester dinobat juara keseluruhan bagi musim 2015/16. Foto Agensi

Dia dibayar £120,000 (RM720,000) seminggu semasa bersama The Blues namun jarang bermain sebelum dihantar secara pinjaman ke Burnley, Aston Villa, kelab Turkiye Kasimpasa dan Reading.

Iklan

Sejak meninggalkan bola sepak, Drinkwater cuba menceburi dunia perniagaan, tetapi The Sun melaporkan pada November bahawa dia telah menanggung kerugian £782,000 (RM4.71 juta) selepas restoran yang dibelinya gulung tikar kerana menanggung hutang sebanyak £2 juta (RM12 juta).

Tidak serik dengan situasi itu, Drinkwater kemudian membeli 70 peratus saham dalam restoran lain yang turut menghentikan operasi akibat bankrap.

Iklan

Drinkwater oleh itu memutuskan untuk mencari pekerjaan yang lebih praktikal dan berkongsi gambar dirinya bekerja di tapak binaan dengan 585,000 pengikutnya.

"Di tapak pembinaan hari ini," tulisnya pada gambar yang menunjukkan dia berdiri di hadapan beberapa perancah.

Pilihan kerjayanya mencetuskan beberapa komen negatif yang dirasakan Drinkwater perlu dijawab.

Berkongsi salah satu komen yang berbunyi"Apa kejadah Danny? Sudah jadi insan hina" dan dia membalasnya:"Bertenanglah. Saya suka bekerja di tapak pembinaan! Ini adalah pilihan."

Drinkwater masih mencari hala tuju selepas bola sepak, setelah mengakui bahawa keputusan untuk menamatkan kerjayanya adalah proses yang sukar.

"Sesiapa yang berfikir bahawa mendapat wang yang banyak akan menyelesaikan semua masalah anda adalah tidak benar sama sekali.

"Kesihatan mental lebih penting daripada fizikal. Ia adalah masa yang paling gelap yang pernah saya rasakan," katanya.

Mengulas tentang persaraannya di High Performance Podcast pada Oktober, Danny berkata:

"Saya rasa saya sudah terlalu lama dalam keadaan terawang-awang, sama ada mahu bermain tetapi tidak mendapat peluang untuk bermain di tahap di mana saya rasa dihargai."