Wanita alami kemurungan dilaporkan hilang selepas keluar rumah

Iklan
Salina dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya di Dungun, Terengganu sejak Isnin lalu.

DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya dekat sini sejak Isnin lalu.

Anaknya, Maisarah Zailan, 29, berkata, kali terakhir ibunya, Salina Abdullah, 50, dilihat menaiki kenderaan Perodua Alza berwarna putih dengan nombor pendaftaran W7115U sekitar jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika keluar rumah ibunya tidak memberitahu kepada sesiapa lokasi yang hendak dituju menyebabkan mereka sukar mengesan wanita tersebut.

"Kebelakangan ni emak lebih banyak mendiamkan diri. Waktu dia keluar rumah tu pun tak ada siapa yang sedar, dia pakai baju warna apa, cuma yang kami perasan dia ada bawa beg tangannya.

Iklan

"Kami bertambah risau sebab dia tak dapat dihubungi kerana tidak menggunakan telefon bimbit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Rabu.

Maisarah berkata, mereka telah melaporkan kehilangan Salina di Balai Polis Ketengah Jaya sekitar jam 12 tengah hari pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada perkembangan terkini mengenai ibunya dan usaha pencarian dilakukan di beberapa kawasan termasuk yang sering dikunjungi ibunya itu.

"Biasanya dia kalau keluar rumah tak pernah lama, dalam tiga, empat jam dia akan balik. Kalau keluar pun dia akan ke pantai sekitar Paka dan Kertih sahaja.

"Semua tempat yang dia biasa pergi kami dah cari tapi tak jumpa," ujarnya.

Maisarah yang merupakan anak sulung daripada lima beradik memberitahu, ibunya tinggal di rumah bersama tiga orang adiknya yang berusia 16, 24, dan 22 tahun manakala bapanya, Zailan Md Noor, 54, bekerja di Kuala Lumpur.

"Ayah pun risau bila dapat tahu mak hilang. Ayah sekarang berusaha cari mak di merata-rata tempat termasuk di ibu kota.

"Bimbang juga dia bawa kereta sampai Kuala Lumpur sebab sebelum ni kami pernah tinggal di sana," katanya.

Difahamkan, Salina mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak bongsunya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Salina boleh melaporkan ke balai polis berdekatan atau hubungi 019-3384241 (Maisarah).