Maqis rampas sarang burung tiada permit import

Iklan
Maqis merampas sarang burung tanpa permit import sah di KLIA 2, pada Khamis lalu.

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas dua kilogram sarang burung bernilai kira-kira RM8,000 tanpa permit import sah yang cuba dibawa masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, hasil pemeriksaan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada jam 11.45 malam, mendapati empat bungkusan sarang burung terbabit dibawa oleh seorang lelaki warga tempatan dari Laos.

Iklan
Iklan

"Perbuatan mengimport sarang burung tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Sobri berkata, pihak Maqis akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia, adalah bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak akan menjejaskan sektor pertanian, penternakan dan makanan negara.

Iklan
Iklan

"Selain mematuhi aspek kesihatan manusia,haiwan,tumbuhan,ikan dan kesihatan makanan," katanya.