[VIDEO] Jenayah dalam talian: Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan

Iklan
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Dalam catatan terbaru di Facebooknya, beliau berkata, pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.