Dua buah rumah musnah

Iklan
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di lokasi kejadian. - Foto: JBPM Pahang

RAUB - Dua buah rumah musnah keseluruhannya dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Ulu Dong, Kampung Bedu, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika penghuni kedua-dua kediaman itu tiada di rumah.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dengan bantuan lima anggota Pasukan Sukarela Bomba (PPS) Kuala Gali bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.07 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.14 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.