Maybank jamin sistem, data pelanggan selamat

Iklan
Maybank memandang serius kebimbangan mengenai keselamatan dan akan terus memantau serta memastikan data-datanya dilindungi pada setiap masa. Foto hiasan

SHAH ALAM - Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya, susulan wujud dakwaan pangkalan data bank itu diterbitkan di forum web gelap.

Maybank dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, pihaknya memandang serius kebimbangan mengenai keselamatan dan akan terus memantau serta memastikan data-datanya dilindungi pada setiap masa.

Iklan
Iklan

"Kami telah melakukan pelbagai langkah untuk menangani penipuan termasuk penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi dan tempoh bertenang untuk peningkatan had transaksi, menjamin transaksi dalam talian pelanggan terus dilindungi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank pada Rabu.

"Pelanggan juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka. Sila pastikan ID pengguna, kata laluan dan butiran peribadi tidak didedahkan, berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp dan laman web phishing serta panggilan telefon yang tidak dikenali,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Sejak Selasa, wujud dakwaan insiden ketirisan data kedua melibatkan syarikat Malaysia yang dijual menerusi sebuah forum.

Insiden sama didakwa berlaku pada minggu lepas apabila data yang didakwa milik 4 juta pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi telah dijual, namun akhirnya didapati hanya melibatkan data lama.

Iklan