Nasihat Aishah buat pendatang baharu

Iklan
Aishah tidak berputus asa memperjuangkan haknya.

LAMBAKAN penyanyi dalam industri nyanyian bukan satu kesalahan, tetapi penting buat setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri untuk kekal lama.

Itu pesanan yang dititipkan penyanyi berpengalaman, Datuk Aishah Ariffin kepada penyanyi baharu.

Iklan
Iklan

"Penyanyi dulu, sekitar tahun 80-an, kalau kita dengar lagu-lagu mereka diputarkan di corong radio, kita boleh kenal siapa pemilik suara itu.

"Contoh Zaiton Sameon, Datuk Francisca Peter, Ella, Ramlah Ram dan ramai lagi, mereka semua ada identiti sendiri.

Iklan

"Sekarang ini, kebanyakan penyanyi ada persamaan dari segi nyanyian. Walaupun tidak salah tetapi dari segi kelangsungan, mereka sukar untuk bertahan," katanya.

Aishah berkata demikian selepas pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan

Berkongsi lanjut mengenai lagu yang pernah dipopularkan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini itu, Aishah berkata, beliau merakam semula mengikut versinya yang sedikit moden.

Aishah semasa pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan baru-baru ini.

"Lirik lagu ini yang ditulis sendiri arwah telah mengikat saya. Mesej yang disampaikan di dalamnya, terlalu bermakna.

"Saya tidak pasti generasi sekarang merasai atau tidak perkara yang saya rasakan mengenai lagu ini dan saya amat mengidolakan Allahyarham.

"Kalau beliau bercakap pun merdunya kedengaran seperti menyanyi. Saya bangga kerana diberi peluang rakamkan lagu ini,” jelasnya yang bersedia menerima perbandingan oleh peminat.

Belum putus asa

Sementara itu, ditebak mengenai tuntutan tanah lot banglo yang pernah dijanjikan penaja kepadanya sebagai habuan menjuarai Gegar Vaganza 4 (GV4), bintang berusia 59 tahun itu masih tidak berputus asa biarpun sudah tujuh tahun menanti.

Menurut penyanyi Janji Manismu itu, walaupun pihaknya telah menawarkan pelan pembayaran bagi melangsaikan hutang mereka, namun sehingga kini, beliau masih belum menerima sebarang jawapan diinginkan.

"Sehingga ke hari ini, pihak terbabit hanya berdiam diri walaupun sebelum telah berjanji macam-macam.

"Apa yang berlaku kepada saya boleh dijadikan contoh kepada penaja lain agar jangan mudah menabur janji kalau tidak boleh ditepati,” ujarnya.

Biarpun didakwa tidak berhati perut oleh segelintir pihak kerana tetap dengan pendirian selepas penaja terbabit dimaklumkan diserang angin ahmar, Aishah berkata, beliau hanya memperjuangkan haknya.

Aishah punya sebab untuk merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

"Saya tuntut hak saya sebelum dia jatuh sakit. Jangan cari alasan. Lagipun undang-undang berpihak kepada saya, jadi saya mahu tuntut hak saya.

"Orang lain nak kata apa, ia bukan masalah saya. Pekerja lain ada Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk perjuangkan hak mereka, tetapi artis ada apa? Tapi semua orang tidak faham dan tuduh saya tamak pula,” jelasnya.