JOHOR BAHRU - Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa meneriman ugutan tembak oleh sekumpulan 'scammer' yang aktif di bandar raya ini dan Singapura.
Thow Siang berkaa, ugutan terbabit diterimanya pada jam 4 petang, 18 Julai lalu selepas kira-kira tiga minggu mengendalikan beberapa kes berkaitan penipuan 'scammer'.
"Menerusi mesej dihantar dalam aplikasi WhatsApp, individu terbabit ugut untuk ancam keselamatan saya termasuk ingin memberikan 'kacang' bermaksud peluru atau tembak selain ugut membakar pejabat," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan 'scammer' tidak berpuas hati apabila menasihati mangsa agar mengabaikan segala ugutan diterimanya termasuk tidak membayar wang atau pampasan dituntut.
"Dalam tempoh tiga minggu ini, saya terima lima aduan berkaitan 'scammer' dan saya cuba membantu kesemua mangsa," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Desa Cemerlang pada 19 Julai lalu.
Justeru, Thow Siang berharap pihak berkuasa terus memburu dan mengambil tindakan sesuai membanteras 'scammer' secara besar-besaran.