Nadia Brian minta hentikan buli siber

Iklan
Pernah menjadi mangsa, Nadia mendedahkan hadapi masalah anxiety akibat buli siber.

KEMATIAN pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha telah membuka mata masyarakat mengenai kesan buli siber.

Sebelum ini, kita sering mendengar mengenai kisah buli siber di luar negara sehingga mangsa membuat keputusan untuk mengakhiri hidup mereka.

Iklan
Iklan

Perkara itu turut diakui oleh aktres cantik, Nadia Brian, yang juga pernah menjadi mangsa buli siber.

Ujar pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu, dia pernah mendapat masalah kebimbangan melampau akibat sering dibuli netizen.

Iklan

"Ada yang label saya ahli neraka, ketika itu kes cerai saya sibuk diperkatakan. Bagi saya tak perlu beritahu pun, cakap kasar sebenarnya boleh sentuh emosi seseorang.

"Dulu saya sampai pernah kena anxiety dan disebabkan itu, saya berhenti lihat media sosial. Sekarang alhamdulillah, saya sudah boleh terima segala kecaman.

Iklan

"Ada kala saya baca sahaja, ada kala saya akan balas juga komen negatif dengan cara yang positif," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kireina Wellness Centre di Shah Alam baru-baru ini.

Nadia berharap buli siber tidak dijadikan budaya di Malaysia.

Tambah wanita berusia 33 tahun itu, sejak awal lagi, dia mengambil pendekatan untuk tidak melawan semula kerana merasakan dunia media sosial ini luas dan lebih mengutamakan kesihatan mental.

Bahkan Nadia turut menasihatkan netizen yang gemar membuli orang lain di media sosial menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Dunia siber luas, tidak guna kita lawan mereka yang membuli di platform ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah rawat hati dan perasaan sendiri, elak baca komen di media sosial.

"Kepada pelaku, hentikan. Anda tidak akan dapat apa-apa kebaikan dengan membuli orang lain. Jangan terlalu ikut emosi," tegasnya.

Bintang Ratu Kala Jengking itu juga turut menasihatkan mana-mana individu yang menjadi mangsa, menggunakan sebaiknya kemudahan untuk menyekat pembuli demi kesejahteraan mental.