'Kami tahu salah, tapi tauke suruh jalan'

Iklan
Antara lori yang ditahan untuk pemeriksaan menerusi Ops Laluan Terhad Kenderaan Perdagangan di NKVE dan Lebuhraya Persekutuan pada Isnin.

SHAH ALAM - Memandu atas arahan majikan antara alasan diberikan beberapa pemandu lori yang ditahan dalam Ops Laluan Terhad Kenderaan Perdagangan dekat Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan secara rondaan di lokasi ini bermula sekitar jam 6 pagi hingga 9 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebanyak enam buah lori dikesan tidak mematuhi isyarat lalu lintas waktu terhad berdasarkan peraturan di bawah Subseksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333) oleh pegawai pengangkutan jalan, pegawai polis atau warden trafik.

"Tindakan saman dikenakan melibatkan kesalahan tidak patuh waktu laluan terhad iaitu antara jam 6.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan
Penguatkuasaan menerusi rondaan sentiasa dijalankan bagi memastikan semua pihak terutamanya pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurut beliau, penguatkuasaan menerusi rondaan sentiasa dijalankan bagi memastikan semua pihak terutamanya pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan ini.

"Pengendali serta pemandu syarikat pengangkutan kenderaan barangan perlu mematuhi sepenuhnya peraturan larangan waktu terhad yang telah diwartakan.

Iklan

"Sekiranya ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000," katanya.