Proses restorasi Stadium Merdeka

Iklan
Proses restorasi Stadium Merdeka kini berada di peringkat akhir untuk mengembalikan keadaannya seperti pada tahun 1957.

Stadium ini dijadualkan memulakan operasinya dengan acara pertama, iaitu kejohanan bola sepak berprestij Piala Sultan Selangor (TSSC), yang akan menyaksikan pertemuan antara pasukan Selangor dan Singapura pada 17 Ogos ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Usaha restorasi ini, yang bertujuan mengembalikan stadium kepada keadaan asalnya pada tahun 1957, mendapat kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara. Stadium ini juga telah menerima Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).





Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada tahun 1956 dan siap dalam tempoh setahun. Stadium ini menjadi lokasi bersejarah apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, diikuti dengan pemb