Mengibar Jalur Gemilang

Iklan
Menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Kelab Zumba Aerobic Club (RAC) bersepakat dan bergotong-royong memasang serta mengibarkan Jalur Gemilang ketika berkhemah bersama ahli-ahli kelab dan keluarga di Tapak Perkhemahan di sini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Ahli-ahli RAC yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, dan Siam, tidak kekok memasak bersama dan 'healing bersama' dengan berbaju Kedah dalam aktiviti dua hari satu malam yang diadakan di Yan, di sini.



Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 kali ini, bertemakan 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,' dijadualkan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos, manakala sambutan Hari Malaysia pada 16 September pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.