Lelaki lemas tergelincir dalam kolam tadahan

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam kolam tadahan di Gersik pada Selasa. Foto bomba

TANGKAK - Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam kolam tadahan di kebun betik dekat Gersik pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas dihubungi abang mangsa sekitar jam 1.40 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil makluman awal daripada abang mangsa, adiknya yang berusia 29 tahun itu dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan ketika menabur serbuk simen putih bagi tujuan saliran air.

"Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gambir.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Serampang dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan Hospital Tangkak mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana lemas.

Iklan