Remaja melecur, dapur gas meletup

Iklan
Keadaan rumah mangsa impak daripada letupan dapur gas dalam kejadian di Kampung Lobou Satu, Manggatal.

KOTA KINABALU - Seorang remaja lelaki melecur akibat disambar api selepas dapur gas di rumahnya di Kampung Lobou Satu, Manggatal di sini, meletup, pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa yang juga pelajar berusia 16 tahun difahamkan mengalami kecederaan melecur 60 peratus akibat letupan yang berlaku di ruangan dapur rumah tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 9 pagi Rabu.

"Pengadu yang juga datuk kepada mangsa memaklumkan suis dapur gas memasak tidak ditutup rapat menyebabkan gas terkeluar dan berkumpul di dalam ruangan dapur.

Iklan

"Cucu pengadu kemudian cuba menutup suis dapur gas tersebut tetapi secara tidak sengaja telah memetik suisnya menyebabkan berlaku kebakaran pantas seperti letupan sehingga menyebabkan cucunya mengalami kecederaan melecur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebakaran kecil berlaku dan pasukan bomba telah mengambil tindakan pantas dalam kejadian itu.

Iklan

"Cucu pengadu pula kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dalam keadaan stabil," katanya.