Penunggang motosikal parah tersepit bawah lori

Iklan
Anggota bomba terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori. Foto ihsan JBPM

TEMERLOH - Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas tersepit di bawah lori di jalan pintasan dekat Kampung Bukit Kelulut di sini, pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang.

Iklan
Iklan

"Apabila sampai di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan motosikal dan lori.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut. Foto ihsan JBPM

"Terdapat seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan parah akibat tersepit di bawah lori manakala pemandu lori selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ujarnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat dan telescopic ram untuk mengeluarkan penunggang motosikal terbabit.

"Mangsa diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan