Penduduk Shanghai tidak panik, berita palsu dikawal

Iklan
Azmi bersama isterinya, Elvy Yanti Abdul Hamid kini berada di Shanghai.

SHANGHAI - Situasi bandar terbesar di China dilaporkan berada dalam keadaan terkawal berikutan tindakan kerajaan mengawal penularan berita-berita palsu mengenai wabak koronavirus.

Menurut rakyat Malaysia yang berada di Shanghai, Azmi Ibrahim, tindakan pantas pihak kerajaan membendung penularan berita palsu menyebabkan penduduk dapat bertenang dan tidak cemas dalam menghadapi wabak itu.

Iklan
Iklan

"Di sini, aplikasi WhatsApp, Facebook dan YouTube diblok dan pihak berkuasa akan menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat dengan penyebaran berita palsu.

"Keadaan di sini juga agak sunyi. Tidak ramai penduduk yang keluar dari rumah dan kami pun hanya keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan dan untuk membeli barang keperluan harian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Azmi berkata, penduduk Shanghai memang tidak keluar rumah berkemungkinan masih lagi dalam mood bercuti Tahun Baru Cina ataupun ada yang belum kembali ke rumah masing-masing.

Azmi turut memberitahu, pihak kerajaan tidak mengeluarkan perintah berkurung untuk mewajibkan penduduk berada di rumah, namun disarankan untuk tidak keluar ke tempat terbuka dan tumpuan ramai.

Pengangkutan awam seperti bas beroperasi seperti biasa tetapi tidak ramai yang menggunakannya mungkin kerana masih cuti umum.

Iklan

"Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama pelancongan seperti Shanghai Disneyland dan Yuyuan Garden ditutup. Pusat membeli-belah masih beroperasi seperti biasa cuma tidak ramai pengunjung.

"Pihak berkuasa di Shanghai juga telah mengeluarkan bancian untuk memaklumkan perjalanan anak-anak ke sekolah dan kakitangan syarikat semasa cuti.

"Ibu bapa dimaklumkan bahawa cuti sesi persekolahan dilanjutkan selama dua minggu. Sepatutnya sekolah dibuka pada 3 Februari dan bagi kakitangan kerajaan, cuti sepatutnya sehingga 30 Januari ini tapi dilanjutkan ke 2 Februari,” katanya.

Azmi turut berkongsi, penutup mulut menjadi rebutan ramai kerana sering kehabisan stok.

"Ramai yang pakai tapi masih tidak 100 peratus kerana untuk mendapatkan penutup mulut susah, selalu kehabisan stok sejak wabak ini berlaku,” katanya.

Antara langkah pencegahan masuk ke hospital adalah perlu mengisi borang dan suhu badan akan diperiksa. Hanya mereka yang mempunyai urusan sahaja dibenarkan masuk.

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan China hari ini mengesahkan terdapat 2,744 kes pneumonia disebabkan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) termasuk 461 dalam keadaan kritikal, setakat malam tadi.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara berkenaan, dalam tempoh 24 jam lalu, dilaporkan sebanyak 769 kes baharu disahkan, manakala 3,806 kes disyaki dan 24 kematian di Hubei.