Siti di manakah anda?

Iklan
Pertandingan Mencari Siti membuka peluang kepada peserta bernama Siti dalam menonjolkan bakat dan kemahiran masing-masing

SHAH ALAM - Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bakal mencatat sejarah baharu dengan kehadiran lebih 50 wanita bernama Siti dalam satu pertandingan anjuran SinarPlus.

Pertandingan Mencari Siti membuka peluang kepada peserta bernama Siti dalam menonjolkan bakat dan kemahiran masing-masing untuk berentap pada Sabtu ini.

Iklan
Iklan

Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, Siti sebenar akan dipilih berdasarkan keupayaan dan ketangkasan menyelesaikan cabaran.

"Untuk menjadikan pertemuan antara Siti ini lebih istimewa, kami akan mengadakan pertandingan seperti melipat baju paling kemas, mengasingkan beras, kacang hijau dan lada hitam paling pantas serta mengupas bawang dan pelbagai lagi.

Iklan

"Pada hujung program, kita akan mengetahui siapakah Siti yang terbaik antara yang terbaik. Pemenang akan berpeluang membawa pulang wang tunai sehingga RM1,000 berserta hadiah iringan lain,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, cabaran diberikan adalah berdasarkan ciri-ciri yang mampu membawa gelaran Siti sebagai wanita Melayu terakhir.

Iklan

"Mencari Siti merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan. Ia bertujuan menghimpunkan seberapa ramai wanita yang bernama Siti pada hari kedua karnival tersebut berlangsung,” jelas Meen lagi.

Sehingga kini, Mencari Siti mendapat sambutan lebih 50 penyertaan bagaimanapun SinarPlus masih mengalu-alukan lebih ramai peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan berkenaan.

"Pada hujung program iaitu 27 Julai ini, kita akan mengetahui siapakah Siti yang terbaik,” ujar Meen.

Dalam pada itu, kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam program berkenaan juga membuka peluang untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai zakat khususnya kepada golongan wanita.

Selain hebat dalam menguruskan rumah tangga, golongan wanita juga boleh menambah pengetahuan mengenai rukun Islam ketiga itu.

Pemilik Klinik Camellia, Dr Siti Nor Raha Tuhaijan yang juga bekas penerima bantuan pendidikan LZS antara yang boleh dijadikan aspirasi dalam kalangan wanita Muslimah berjaya.

Bagi anda yang bernama Siti, jangan ketinggalan untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut hubungi talian 019-2329032.