Polio, krisis air, sanitasi landa Gaza

Iklan
Penduduk Palestin menunggu giliran bagi menandapatkan makanan di pusat pengedaran bantuan yang dibina oleh seorang lelaki muda dari keluarga Madhoun di Beith Lahia. Foto AFP

GENEVA - Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai prospek wabak polio dan penyakit lain di Gaza yang dilanda konflik Hamas-Israel sehingga kini memasuki tempoh sembilan bulan.

Berikut adalah gambaran keseluruhan cabaran kesihatan yang dihadapi di Genting Gaza.

Iklan
Iklan

Polio

Usaha global yang besar-besaran dalam beberapa dekad kebelakangan ini hampir berjaya menghapuskan wabak polio, penyakit virus yang melumpuhkan dan berpotensi membawa maut di mana kebanyakannya memberi kesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Iklan

Sejak tahun 1988, kes dilaporkan telah menurun sebanyak 99 peratus bila mana polio menjadi endemik di 125 negara dan 350,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Versi liar virus itu kini hanya endemik di Afghanistan dan Pakistan, tetapi sejenis vaksin yang mengandungi sejumlah kecil polio lemah tetapi hidup masih menyebabkan penularan wabak sekali-sekala di tempat lain.

Iklan

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB) berkata minggu lalu bahawa virus polio jenis-2 yang berasal dari vaksin telah dikesan dalam sampel yang dikumpul daripada kumbahan di Deir al-Balah dan Khan Younis di Genting Gaza pada 23 Jun lalu.

Setakat ini, tiada sampel diambil daripada manusia, jadi masih tidak jelas sama ada terdapat individu di wilayah Palestin telah dijangkiti polio.

Kanak-kanak sedang menunggang kenderaan untuk berpindah selepas Israel mengarahkan perpindahan dari Khan Younis. Foto AFP

Ketua kecemasan kesihatan WHO di wilayah Palestin, Ayadil Saparbekov berkata, penjujukan genomik yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat di Atlanta menunjukkan bahawa sampel tersebut mempunyai hubungan genetik yang rapat antara satu sama lain dan dengan sampel ditemui di Mesir pada akhir 2023.

"Kami menganggap bahawa terdapat risiko tinggi untuk merebak... virus polio yang berasal dari vaksin di Gaza,” katanya.

WHO dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan menghantar pasukan bersama ke Gaza pada Khamis untuk mula mengumpul sampel manusia dengan cadangan jelas dijangka dalam beberapa hari akan datang dengan cara menangani ancaman itu, termasuk kemungkinan untuk kempen vaksinasi besar-besaran.

Tentera Israel berkata bahawa mereka telah mula memberi vaksin kepada tenteranya di Gaza untuk menangani virus polio.

Krisis air, sanitasi

Sebenarnya, polio bukan satu-satunya penyakit yang berisiko merebak di Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan yang meruncing.

"Saya amat bimbang tentang wabak yang berlaku di Gaza,” kata Saparbekov.

Penduduk berjalan melepas air kumbahan dan sampah yang tertimbun di jalan di Deir el-Balah yang dibimbangi menyebabkan penularan penyakit. Foto AFP

Mengenai polio dan penyakit lain, beliau memberi amaran bahawa keadaan menjadi sangat sukar bagi penduduk mengikut nasihat seperti mencuci tangan dan minum air bersih apabila mereka tinggal di kem perlindungan.

"Dengan sistem kesihatan yang lumpuh, kekurangan air dan sanitasi akan menjadi keadaan sangat teruk,” katanya.

Penjagaan kesihatan lumpuh

Hanya 16 daripada 36 hospital di Gaza yang sebahagiannya berfungsi, menurut WHO sambil menambah kehadiran pesakit beramai-ramai ke Hospital Nasser berikutan serangan maut Israel di Khan Younis telah menjadikan keadaan bertambah teruk.

Saparbekov memberi amaran mengenai kekurangan bekalan darah, ubat-ubatan dan katil hospital.

Tambahnya, sebelum perang bermula terdapat 3,500 katil hospital disediakan di Gaza dan kini terdapat 1,532 katil sahaja. - AFP