Kita jangan jadi macam Hamas dan Fatah

Iklan
Menteri Luar China, Wang Yi (tengah) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Palestin, Mahmoud al-Aloul (kiri) dan anggota kanan Hamas, Mussa Abu Marzuk semasa tiba di Beijing. Foto AFP

SETELAH bertahun-tahun ketegangan terjadi antara Hamas dan Fatah, kedua-dua pejuang Palestin ini akhirnya sepakat untuk berdamai.

Hamas menandatangani perjanjian di Beijing pada Selasa dengan 12 pertubuhan Palestin lain, termasuk pesaing mereka, Fatah untuk bekerjasama bagi ‘perpaduan nasional’.

Iklan
Iklan

China menyifatkan ia sebagai kesepakatan untuk memerintah Gaza bersama selepas perang berakhir.

Perjanjian ini menjadi signifikan ketika angka kematian akibat serangan rejim Zionis di Genting Gaza kini menghampiri 40,000 orang.

Iklan

Ironinya, antara punca Palestin tidak dapat disatukan dan rakyatnya masih menderita dizalimi Israel hingga kini adalah kerana dua parti politik utama Palestin ini tidak pernah bersefahaman sebelum ini.

Hamas dan Fatah adalah musuh ketat sejak pejuang Hamas mengusir Fatah dari Genting Gaza selepas pertempuran maut yang menyusuli kemenangan gemilang Hamas dalam pilihan raya 2006.

Fatah pula mengawal Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, yang mempunyai separa kawalan pentadbiran di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Iklan

Perbezaan utama kedua-dua pertubuhan ini ialah Hamas yang diasaskan Syeikh Ahmad Yassin pada 1987 tidak mahu menerima kewujudan negara haram Israel dan berjuang untuk menghancurkannya. Fatah pula bersetuju dengan penyelesaian dua negara iaitu Palestin dan Israel.

Perjanjian di Beijing itu bukanlah yang pertama antara Hamas dan Fatah, namun kesemua perjanjian sebelum ini berakhir dengan dimungkiri.

Salah satunya ialah Perjanjian Makkah Hamas-Fatah 2007 yang diadakan di istana Raja Abdullah yang terletak menghadap Kaabah. Namun perjanjian di depan Kaabah itu juga berkecai.

Justeru, kita amat berharap deklarasi perpaduan kali ini benar-benar dilaksanakan. Kita tidak membezakan antara Hamas dan Fatah. Bagi kita, Palestin adalah satu, tidak kira siapa pun berkuasa.

Paling penting, parti politik di Malaysia jangan jadi seperti Hamas dan Fatah. Cukuplah selama ini kita dipecahkan dengan fahaman politik yang ekstrem dan merasakan diri lebih baik berbanding orang baik.

Tapi sayangnya, orang politiklah yang selalu mengapi-apikan kebencian sedangkan hubungan sesama rakyat pelbagai kaum di bawah adalah baik-baik sahaja.