Sumbangan syarikat arak beri mesej salah kepada institusi pendidikan

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM- Penglibatan syarikat berkaitan arak, rokok dan judi dalam sebarang aktiviti di sekolah atau institusi pengajian tinggi akan memberikan mesej yang salah kepada institusi pendidikan di negara ini.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, kerajaan perlu bertegas dan tidak membenarkan syarikat berkenaan terlibat kerana dikhuatiri akan memberikan implikasi negatif secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

"Kita semua tahu bahawa arak itu haram daripada sudut agama dan keduanya, ia memberikan kesan kesihatan yang buruk kepada manusia.

"Sepatutnya tidak wajar untuk syarikat sebegini masuk ke institusi pendidikan, tiada yang terkecuali kerana kita nak beri pendidikan yang betul kepada generasi muda. Jadi, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengelakkan daripada syarikat arak ini menaja apa-apa program di sekolah dan seumpamanya,” katanya.

Iklan

Tambah Badlishah Sham, kerajaan perlu bertegas dalam soal itu bagi mengelakkan generasi muda negara terpengaruh sehingga membawa kepada keburukan akhlak dan fizikal.

"Saya yakin masyarakat boleh terima, apa-apa yang membawa kepada kerosakan moral dan minda, mesti dielakkan. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Barat sehingga berlakunya keruntuhan moral dan institusi keluarga,” jelasnya.

Iklan