Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru

Iklan
Empat kenderaan musnah terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu. Foto: JBPM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Azrol Md Zenan berkata, panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur pada jam 10.43 malam.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Setibanya di lokasi dapati kebakaran melibatkan sebuah kereta serta tiga motosikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.25 malam menggunakan dua aliran 'hose reel'.

Iklan

Tambahnya, kemusnahan dianggarkan 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.