[VIDEO] BN nafi keluar kenyataan tak benarkan Rafizi, tiga lagi tampil di PRK Nenggiri

Iklan

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan mana-mana Unit Daerah Mengundi (UDM) BN menjemput empat individu termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk tampil di pentas ceramah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis, BN berkata, kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

Iklan
Iklan

Menurut parti gabungan itu, semua kenyataan media hanya akan disiarkan di laman Facebook rasmi Barisan Nasional.

Menurut BN, kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

"Diharap semua tidak termakan dengan mainan politik seperti ini tiap kali apabila pilihan raya akan berlangsung. Semoga semua pihak terus bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini lagi,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan palsu bertarikh 24 Julai yang menggunakan nama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyenaraikan nama empat individu yang kononnya tidak dibenarkan tampil di PRK Nenggiri kerana mengambil iktibar kekalahan di PRK Sungai Bakap.

Selain Rafizi, tiga nama lain ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Jeli Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Wan Hadi.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala hari mengundi ditetapkan pada 17 Ogos. - Bernama