TANGKAK - Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.