Scammer mula guna 'akaun keldai' syarikat

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesyorkan supaya pendaftaran perniagaan diperketatkan dengan menekankan aspek pengesahan identiti pelanggan (KYC) terhadap syarikat-syarikat yang dibuka.

Ini kerana sindiket penipuan menggunakan akaun keldai syarikat berbanding individu.

Iklan
Iklan

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, trend ini berlaku kerana pindahan wang dilakukan dalam jumlah yang semakin besar sebagai transaksi perniagaan kononnya sah.

"Kita melihat perubahan modus operandi dalam kes akaun keldai.

Iklan

"Jadi, kita syorkan supaya pendaftaran perniagaan diketatkan dengan menekankan aspek KYC ke atas syarikat terutama lembaga pengarah atau pentadbir serta setiausaha syarikat terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penggunaan akaun keldai telah dikenal pasti sebagai faktor kepada semua kes-kes scam yang berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit.

Iklan

Jelasnya, selama ini, tiada undang-undang khusus berkaitan tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan akaun keldai menjadikan ia terus digunakan dalam jenayah penipuan.

"Justeru, Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang telah diluluskan baru-baru ini adalah umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang," ujarnya

Kata beliau, melalui RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negara tiga hari lepas, isu siasatan berkait penggunaan akaun keldai ini akan dapat diperkasakan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya, setelah diwartakan kelak, undang-undang ini akan menjadi satu mekanisme berkesan dalam usaha menangani penggunaan keldai akaun sekaligus mengurangkan berlakunya jenayah penipuan,” katanya.

Menurut Ramli, pindaan undang-undang itu melibatkan penambahan beberapa peruntukan tambahan merangkumi Seksyen 424A, 424B, 424C dan 424D Kanun Keseksaan.

"Peruntukan ini adalah berkenaan kesalahan-kesalahan berkaitan akaun keldai termasuklah memiliki, mengawal, menyerahkan dan menggunakan kad ATM, kad kredit, e-wallet dan sebarang instrument pembayaran.

"Sementara bagi pindaan Kanun Tatacara Jenayah akan melibatkan penambahan peruntukan Seksyen 116D yang bakal memberikan kuasa kepada pegawai polis dengan pangkat tidak kurang dari Sarjan untuk merampas atau menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan,” katanya.