Gantung kemudahan imigresen China kurangkan kegusaran rakyat

Iklan
Dr Ismail (kiri) melihat cara pemantauan kamera kesan haba badan di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam.

BUKIT KAYU HITAM - Tindakan kerajaan Pusat menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China terutamanya dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di sekelilingnya mampu mengurangkan kebimbangan rakyat.

Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ia adalah langkah terbaik dan awal dalam membendung penularan wabak koronavirus ke negara ini.

Iklan
Iklan

Beliau percaya, dengan kepakaran dimiliki di negara ini, wabak seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) itu dapat dikawal.

"Saya ingat itu langkah yang baik untuk pastikan bahawa kita bermula dengan mengehadkan kemasukan walaupun China (mempunyai populasi) 1.4 bilion penduduknya dan 11 juta dari Wuhan.

Iklan

"Sudah tentu apabila langkah pertama (penggantungan dengan) memperketat cara masuk itu, saya kira itu langkah yang paling awal," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan tinjauan di Pintu Masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam semalam.

Dr Ismail (kiri) melihat cara pemantauan kamera kesan haba badan di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Pusat menggantung eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual bagi rakyat China terutamanya dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei.

Dr Ismail berkata, pihaknya juga memperketatkan lagi saringan terutamanya membabitkan pelancong dari China.

Menurutnya, sebelum ini semua pelancong diperiksa dan pada kali ini, pemeriksaan secara khusus diteruskan dan dilakukan terhadap pelancong dari negara tersebut.

"Cuma saya nak sebut di sini, ini adalah isu kesihatan, bukan isu politik.

"Ini bukan isu yang kita boleh spin (pusing) yang banyak sangat dalam media media baharu hari ini yang menggunakan kesempatan ini untuk memberi gambaran yang sangat tidak baik kepada kerajaan," katanya.

Pemantauan ketat dilakukan terutamanya membabitkan pelancong dari China di ICQS Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata, sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini, hanya 14 rakyat China daripada kira-kira 16,000 orang melalui pintu ICQS Bukit Kayu Hitam dan kesemua mereka bebas daripada wabak tersebut.