iClean Selangor, ATDReC terima pengiktirafan

Iklan
Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir (dua dari kiri) menerima pengiktirafan di Majlis Anugerah PC.Com 2024 pada Rabu.

APLIKSI iClean Selangor dan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ATDReC) oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) terima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah PC.Com 2024 pada Rabu.

KDEBWM dalam satu kenyataan berkata, iClean Selangor yang dibangunkan pada 2016 merangkul anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik dan turut menerima anugerah Pilihan Pembaca berprestij.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengiktirafan berganda itu menekankan impak besar aplikasi dalam merevolusikan pengurusan sisa dan penerimaan positif orang awam sekali gus menjadi bukti kecemerlangan serta kepercayaan pengguna.

"ATDReC pula diiktiraf sebagai Penyedia Perkhidmatan Kitar Semula Paling Inovatif, ini menunjukkan usaha perintis dalam sektor kitar semula dan komitmen kami untuk memacu perubahan positif melalui penyelesaian inovatif.

Iklan

"Dikuasakan oleh Trash4Cash, ATDReC menawarkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan awam lebih besar dalam aktiviti kitar semula. Kemudahan ini beroperasi 24 jam seminggu berkonsep ‘Lakukan Sendiri’ yang mesra pengguna.

"Insentif tunai menggalakkan penyertaan dan menjadikan kitar semula berbaloi, pembayaran serta pengimbasan kod QR dibuat dalam talian," katanya pada Khamis.

Iklan

KDEBWM memaklumkan, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan kemudahan ATDReC bagi menjangkau komuniti yang lebih ramai dalam usaha menjadikan akses kepada kitar semula mudah dan meluas.

Tambahnya, teknologi pengasingan pintar mengikut kategori bahan kitar semula secara automatik akan dilaksanakan untuk kebaikan masa depan.

"KDEBWM bersama dengan rakan kongsi kami iaitu Bumi Waste Management Sdn Bhd tetap komited untuk memacu inovasi dalam industri pengurusan sisa dan kitar semula.

"Pencapaian terbaharu di Anugerah PC.Com 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras kami.

"Kami berharap dapat meneruskan perjalanan kecemerlangan ini dengan sokongan komuniti, rakan kongsi dan pengguna yang dihargai," ujar KDEBWM.