PAAB salur dana RM97,500 naik taraf fasiliti air di masjid

Iklan
Zulkiflee (dua dari kanan) menyampaikan mokap cek sumbangan Kempen Masjid Hijau kepada wakil Masjid Kariah Kampung Jimah Lama.

PORT DICKSON - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan telah memperuntukkan lebih RM97,500 bagi menaik taraf fasiliti air di sembilan buah masjid dan surau di tiga negeri sejak tahun 2022.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation(MGTC) itu diadakan menerusi Kempen Masjid Hijau PAAB 2024.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Zulkiflee Omar berkata, tujuan program CSR itu diadakan sebagai salah satu usaha pihaknya menjadikan masjid sebagai pemangkin kepada agenda kelestarian alam.

"Tahun ini, Masjid Kariah Kampung Jimah Lama terpilih kerana ia terletak dalam jajaran projek PAAB iaitu kerja-kerja berkaitan di pintu sungai Loji Rawatan Air Sungai Linggi, Mukim Rantau.

Iklan

"Ia adalah kesinambungan daripada Kempen Masjid Hijau yang telah kami laksanakan di empat masjid di Melaka pada tahun 2022 dan tiga masjid termasuk surau di Kelantan pada tahun 2023," katanya ditemui pemberita selepas program Kempen Masjid Hijau PAAB 2024 di Masjid Kariah Kampung Jimah Lama di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Iklan

Menurutnya, bagi program di Masjid Kariah Kampung Jimah Lama, pihaknya telah memperuntukkan RM12,500 dan pada masa sama turut memberi sumbangan tunai RM5,000.

Jelasnya, ia melibatkan pemasangan pili cekap air, sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan pemasangan sistem agihan dan tekanan yang melibatkan keseluruhan peruntukan RM12,500.

"Penukaran pili telah pun siap, tapi sistem SPAH dan pemasangan sistem agihan dan tekanan masih dalam proses pemasangan dan dijangka siap dalam waktu terdekat.

"Bagi meningkatkan tekanan air yang didapati agak lemah di beberapa tempat mengambil wuduk, sistem agihan dan pam turut dipasang," katanya.

Tambahnya, kesemua kerja-kerja penambahbaikan fasiliti air yang dilaksanakan diselia oleh MGTC.

Dalam pada itu katanya, kempen dan amalan bertujuan membantu kelestarian alam sekitar perlu dijalankan secara berterusan dan bukannya di satu-satu tempat saja.

Malah katanya, kesedaran amalan hijau perlu diterapkan sehingga sebati dalam kalangan masyarakat.

"Pemilihan masjid bagi menjayakan kempen ini adalah tepat kerana ia merupakan nadi kepada sesebuah kariah," katanya.