ANAK syarikat milik penuh Ahmad Zaki Resources Bhd, Ahmad Zaki Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM152 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ahmad Zaki Resources berkata, menerusi surat setuju terima yang diperoleh pada 24 Julai, Ahmad Zaki Sdn Bhd akan mereka bentuk dan membina hospital pakar Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Tempoh kontrak adalah 156 minggu bermula 6 Ogos 2024 dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan," kata kumpulan kejuruteraan dan pembinaan itu. - Bernama