KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang deposit RM250,000 daripada seorang pemilik restoran bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah, hampir dua tahun lepas.
S. Murugan, 47, didakwa menerima wang itu daripada R. Appavoo, 37, bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah di sebuah premis di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini pada 12 Ogos 2022.