Pameran Raja Kita

Iklan
Menteri Komunikasi Fahmi Fahmi merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 melihat alat muzik Nobat Diraja Perak pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini.

Turut bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Lebih 272 koleksi dan item berkaitan Institusi Yang di-Pertuan Agong serta koleksi peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara bermula esok.

Hadirin sempat bergambar bersama motosikal berkuasa tinggi yang digunakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam program Kembara Mahkota Johor pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan




Pameran Raja Kita di Galeri 1 dan 2 di Muzium Negara merupakan sebahagian daripada acara yang disusun sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung Sabtu lepas.