ALLAH SWT menjelaskan bahaya akibat dengki dalam kisah dua putera Nabi Adam AS yang bernama Qabil dan Habil menyebabkan Qabil memusuhi Habil lalu membunuhnya.
Perkara ini berlaku kerana ALLAH SWT telah memberikan kenikmatan kepada Habil selepas menerima korban yang ikhlas kerana-NYA.
Dalam kisah tersebut, mangsa iaitu Habil mendapat keuntungan iaitu semua dosanya diampunkan dan dimasukkan ke dalam syurga.
Si pembunuh pula iaitu Qabil mendapat kekecewaan dan kerugian di dunia dan akhirat.
ALLAH SWT berfirman dalam ayat ke-27 surah al-Maidah: "Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua-dua anak Adam.”
Ayat ini bermaksud sampaikanlah kepada mereka yang hatinya penuh dengan rasa iri dan dengki mengenai kisah ini.
Peraturan kahwinnya ialah anak lelaki dikahwinkan dengan anak perempuan yang bukan kembarnya.
Diceritakan bahawa kembar Habil itu tidak cantik sedangkan kembar Qabil itu cantik dan bercahaya sehingga Qabil ingin merebutnya daripada Habil.
Namun Nabi Adam AS tidak merestuinya kecuali dengan syarat mereka perlu melakukan korban.
Sesiapa yang diterima korbannya, maka kembar perempuan Qabil yang cantik itu akan dikahwinkan dengannya.
Maka kedua-duanya melakukan korban. Habil melakukan korban kambing yang gemuk manakala Qabil pula melakukannya dengan kambing yang kurus.
Akhirnya korban yang dilakukan Habil diterima ALLAH SWT seperti diceritakan di dalam ayat ke-27 hingga ke-31 surah sama.
"Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua-dua anak Adam, ketika mereka berdua mempersembahkan korban. Maka (korban) salah seorang daripada mereka berdua (Habil) diterima dan daripada yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, ‘Aku pasti membunuh kamu.’ Dia (Habil) berkata, ‘Sesungguhnya ALLAH hanya menerima (amalan) daripada orang yang bertakwa.
"Sesungguhnya jika kamu (Qabil) menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepada kamu untuk membunuhmu. Aku takut kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam.
"Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) aku dan dosa kamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka. Dan itulah balasan bagi orang-orang yang zalim.
"Maka nafsu (Qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar-benar) membunuhnya. Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang rugi.
"Kemudian ALLAH mengutuskan seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Dia (Qabil) berkata, ‘Celakanya aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?’ Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang menyesal.” (Surah al-Maidah: 27-31)
Dosa membunuh ditanggung Qabil
Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak satu pun jiwa yang terbunuh secara zalim melainkan anak Adam yang pertama ikut menanggung dosa pertumpahan darah itu kerana dialah orang yang pertama melakukan pembunuhan.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini memberikan pengajaran:
2 – Pembunuhan itu bermacam jenis; ada yang dilakukan secara zalim, ada pula yang dilakukan secara benar dan adil seperti cara-cara yang dibolehkan oleh syariat, bahkan wajib melaksanakannya seperti membunuh orang yang membunuh orang lain selagi tidak dimaafkan keluarganya, merejam penzina muhsan (yang sudah berkahwin), orang murtad, pelaku homoseksual dan orang yang bersetubuh dengan haiwan.
Mangsa bunuh bergantung pada pembunuh di hari akhirat
Jundab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:"Pada hari kiamat, orang yang dibunuh itu akan datang dengan bergantung pada orang yang membunuhnya.” (Hadis Riwayat An-Nasai)
***Sumber: Al-Quran Al-Karim Amazing terbitan Karya Bestari Sdn Bhd