KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat protes jalanan yang berterusan di Kenya - kini memasuki minggu keenam, dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, pihaknya sedang memantau dengan teliti situasi di Kenya dan berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di negara itu.