KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Batang Kali, Selangor sejak Selasa lepas, ditemukan selamat di Triang, Pahang, tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, remaja itu ditemukan di dalam sebuah rumah milik saudara kepada individu dipercayai teman lelakinya pada 12.30 tengah malam.