'Kerajaan tidak akan berubah hanya dengan jeritan NGO'

Iklan
Saarani ketika menyampaikan ucapan sempena program Townhall Wanita Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya pada Khamis.

IPOH - Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu mengadakan demonstrasi untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran kerajaan tidak akan membawa kepada penukaran kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, sebarang perubahan kerajaan hanya dibuat melalui pilihan raya umum (PRU).

Iklan
Iklan

Menurutnya, penubuhan sesebuah kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri berdasarkan sokongan majoriti ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Sebagai sebuah negara demokrasi, kita kena tunggu PRU untuk mendapatkan kerajaan baharu, jadi tak bolehlah kita nak melayan kehendak NGO. Asal NGO menjerit sahaja, nak ubah kerajaan. Kerajaan ditubuhkan berdasarkan bilangan ahli Parlimen dan ADUN.

Iklan

"Saya nak nasihatkan kepada orang ramai, kita tak boleh membudayakan Malaysia ini dengan ubah kerajaan hanya kerana jeritan NGO, tak boleh. Kerajaan diubah atau ditubuhkan mesti berdasarkan kepada PRU. Jadi nak ubah tunggulah PRU," katanya kepada pemberita selepas program Townhall Wanita Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya di sini pada Khamis.

Hadir sama pada program tersebut, Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang dijadual diadakan di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun di sini pada Sabtu ini.

Pada 29 Jun lalu, seramai kira-kira 150 orang peserta perhimpunan berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mengemukakan lapan tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dilaporkan turut bersedia mengadakan perhimpunan pusingan kedua di Parlimen Tambun sekiranya Anwar tidak bertindak ke atas lapan tuntutan yang dikemukakan mereka.