BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 106 orang manakala hampir 1,300 kes baharu disahkan, kata pihak berkuasa.
Suruhanjaya kesihatan di wilayah tengah Hubei, pusat epidemik itu berkata, 24 lagi orang telah meninggal dunia akibat virus itu dan 1,291 lagi orang dijangkiti, peningkatan kepada lebih 4,000 kes di seluruh China.