Hadiah hari lahir terindah Winnie

Iklan
Winnie Ng

PEMAIN amatur negara, Winnie Ng berjaya mempertahankan gelarannya di Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC 2024 dengan merangkul Trofi Tuanku Bahiyah di Kelab Golf Diraja Selangor, pada Khamis.

Pemain berusia 23 tahun itu memastikan gelarannya dengan catatan tiga atas par 222 untuk mengatasi Passion Hsu dari Singapura (225) dengan kelebihan tiga pukulan manakala rakan senegaranya, Pang Hee Jie, di tempat ketiga dengan 15 atas par 234.

Iklan
Iklan

Winnie, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya Jumaat lepas, berkata kemenangan ini merupakan hadiah hari jadi yang sangat bermakna baginya terutamanya selepas memenangi Terbuka Amatur Wanita Malaysia di Templer Park Country Club, minggu lepas.

"Saya bekerja keras. Saya amat bersyukur mempunyai pasukan penyokong yang hebat. Saya sangat gembira kedua-dua kemenangan ini berlaku bulan ini, terutamanya begitu dekat dengan hari jadi saya.

Iklan

"Saya mempunyai perasaan yang baik dan momentum yang baik dari minggu lepas dan saya hanya melakukan yang terbaik, berharap bahawa saya boleh menang...akhirnya saya berjaya memenangi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Winnie berkata kemenangan tersebut juga menjadi dorongan untuk memburu tempat pada Kejohanan Maybank 2024, yang akan diadakan di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC) dari 24 hingga 27 Oktober depan.

Iklan

Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC 2024 adalah pertandingan tiga hari yang melibatkan pemain golf wanita yang diiktiraf dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).