SPRM nafi keluar surat tawaran tender katering

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah.

Menurut kenyataan agensi antirasuah negara itu, ia mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan bernilai RM150,000 yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM Kedah bertarikh 23 Julai 2024.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, SPRM menasihati orang ramai supaya menghubungi pejabatnya bagi mengesahkan surat tawaran yang kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan jika timbul sebarang keraguan. - Bernama