Tiada rakyat Malaysia terjejas taufan Gaemi di Taiwan, Filipina

Iklan
Banjir melanda bandar Quezon, Filipina selepas hujan tanpa henti yang dibawa oleh Taufan Gaemi. Foto Xinhua

KUALA LUMPUR - Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, ia sedang memantau dengan rapi laluan Taufan Gaemi.

Iklan
Iklan

Wisma Putra berkata, taufan itu melanda Taiwan pada awal pagi Khamis waktu tempatan.

"Setakat pukul 5 petang Khamis tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat taufan itu," katanya.

Iklan

Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Taiwan boleh menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No 102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan.

Mereka juga boleh menghubungi pusat itu melalui talian +886 2 2713 2626 atau melalui e-mel di mwtaipei@kln.gov.my.

Iklan

Dalam kenyataan berasingan, kementerian itu berkata, ia sedang memantau situasi di Filipina selepas dilalui Taufan Gaemi, yang dikenali di peringkat tempatan sebagai Taufan Carina.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang memerhati dengan teliti selepas kesan taufan itu.

Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas oleh taufan itu di Manila.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk kekal berwaspada dan mengikuti garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Untuk bantuan konsular di Filipina, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di alamat berikut: Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina.

Mereka juga boleh menghubungi kedutaan melalui talian +63 2 8662 8200 atau +63 917 864 0761 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel di mwmanila@kln.gov.my. - Bernama