Prosiding kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ jadi tumpuan

Iklan
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di Petaling Jaya menjadi tumpuan petugas media bagi liputan prosiding ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Jumaat.

PETALING JAYA - Mahkamah Petaling Jaya, di sini, kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan prosiding ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Jumaat.

Dianggarkan 20 pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti perkembangan kes tersebut.

Iklan
Iklan

Sinar Harian difahamkan datuk kepada Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd Reba dan neneknya, Hasni Zakaria berada di luar mahkamah bersama beberapa individu dipercayai ahli keluarganya.

13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan.

Iklan
Suasana di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Iklan
Antara petugas media yang hadir.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut ditahan polis pada 31 Mei sebelum direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.