Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah

Iklan
Suspek (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, pada Jumaat. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Seorang anggota polis yang disyaki suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, pada Jumaat.

Suspek berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap warna hitam tiba menaiki kenderaan pacuan empat roda polis pada jam 9.05 pagi.

Iklan
Iklan

Suspek yang bergari kelihatan hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor, 15 Julai lalu.

Iklan

Berikutan itu, hari yang sama, suspek iaitu seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Perak telah ditahan.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai sebelum dilanjutkan lagi tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sepanjang tempoh itu, beberapa barang kes yang dikaitkan dengan kes terbabit telah dijumpai antaranya telefon pintar, beg tangan, kunci kereta dan dompet berisi kad pengenalan Nur Farah Kartini.

Penemuan barang kes itu ditemui di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa selain di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Mangsa yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.