KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan sebuah struktur kekal berbumbung tanpa permit yang sah dan pindah halangan di sekitar Jalan Rukun 4, Kuchai Lama di ibu negara.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
Iklan
Iklan
Turut terlibat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.
"Tindakan khas yang dijalankan adalah menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
"Pemotongan elektrik oleh pihak TNB dan pemotongan air dari Air Selangor juga dilaksanakan bagi memastikan pihak penjaja tersebut tidak meneruskan perniagaannya," kaya kenyataan di laman Facebook DBKL pada Jumaat.
Kenyataan itu turut memaklumkan, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.