PUTRAJAYA - Geran penyelidikan bidang pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berpotensi membangunkan ekonomi negara terutama industri kecil dan sederhana (PKS).
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Riam Chau Mai berkata, menerusi geran penyelidikan yang dijalankan oleh institusi politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) akan membuka lebih banyak peluang dalam membangunkan pelbagai teknologi.
Menurutnya, dengan mendapatkan sokongan kewangan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan berkualiti tinggi, ia berupaya membangunkan teknologi baharu dalam bidang masing-masing.
"Projek ini tidak hanya melahirkan produk dan perkhidmatan baharu tetapi berperanan meningkatkan pembangunan produk eksperimental serta menambah nilai ekonomi melalui kerjasama dengan industri setempat.
"Apabila kerajaan mengumumkan dana untuk penyelidikan TVET, ini membuka peluang lebih luas untuk mereka melakukan inovasi baharu dengan lebih efektif.

CHAU MAI