AS tangkap raja dadah Mexico 'El Mayo' Zambada

Iklan
Foto 'El Mayo' Zambada Garcia yang dikeluarkan oleh pejabat peguam negara Mexico pada 2003. Foto AFP

MEXICO CITY - Ismael 'El Mayo' Zambada, tokoh penting dalam kartel Sinaloa dan antara raja dadah paling berpengaruh di Mexico, telah ditangkap di El Paso, sebuah bandar sempadan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Peguam Negara AS, Merrick Garland mengumumkan penangkapan itu pada Khamis, yang turut melibatkan Joaquin Guzman Lopez, anak kepada bekas rakan kongsi Zambada dan ketua kartel terkenal Joaquin 'El Chapo' Guzman Loera.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media Mexico, kedua-dua Zambada dan Guzman Lopez menyerah diri kepada pihak berkuasa secara sukarela.

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS telah menawarkan ganjaran sehingga US$15 juta untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan Zambada, 76 tahun.

Iklan

Zambada menghadapi pelbagai pertuduhan di AS, termasuk mengeluarkan kokain, heroin, methamphetamine dan fentanyl serta tuduhan membunuh dan pengubahan wang haram.

"El Mayo dan Guzman Lopez menyertai senarai pemimpin dan rakan sekutu Kartel Sinaloa yang semakin meningkat yang diambil tindakan oleh Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat," kata Garland.

Iklan

Ovidio Guzman, seorang lagi anak lelaki El Chapo, telah diekstradisi dari Mexico ke AS pada September.

El Chapo telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di AS pada 2019. - Bernama-dpa