Polis tak benar himpunan depan pusat khidmat Anwar esok

Iklan
Gambar kecil: Abang Zainal Abidin

IPOH - Polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Bandar Meru Raya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu pihaknya mengesan satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun laman media sosial Facebook yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak polis memang ada menerima pemakluman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada Sekretariat Selamatkan Malaysia berkaitan Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar yang dijadual diadakan di lokasi itu.

"Setelah disemak, kita mendapati pemakluman ini tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpuan Aman 2012.

Iklan

"Oleh yang demikian, pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia merupakan satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abang Zainal Abidin berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Iklan

Menurutnya, keputusan itu dibuat disebabkan ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Pada 29 Jun lalu, seramai kira-kira 150 orang peserta perhimpunan berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mengemukakan lapan tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dilaporkan turut bersedia mengadakan perhimpunan pusingan kedua di Parlimen Tambun sekiranya Anwar tidak bertindak ke atas lapan tuntutan yang dikemukakan mereka.