‘Saya nak rasai pengalaman sukan rakyat orang dahulu’ - Pelajar

Iklan
Aktiviti sukan rakyat menjadi acara yang paling dinanti-nantikan oleh murid dan guru.

SHAH ALAM - Acara sukan rakyat di Karnival Rakyat Karangkraf menjadi aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh murid-murid dan guru kerana ia membawa kelainan dan pengalaman berbeza.

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sri Damansara 2, Muhammad Aizam Aiman Saari berkata, sebelum ini dia tidak mengetahui kewujudan sukan tradisional seperti tating lawi, tuju tin dan sebagainya.

Iklan
Iklan
Muhammad Aizam Aiman

"Kami (generasi Z) hanya tahu e-sukan dan sama sekali tidak pernah didedahkan dengan permainan tradisional. Jadi aktiviti sukan rakyat menjadi tujuan utama saya mengikuti rombongan sekolah pada hari ini.

"Saya mahu merasai pengalaman yang ‘orang dahulu’ lakukan. Saya tidak sangka aktiviti ini begitu menyeronokkan kerana ia benar-benar lain dengan permainan anak muda zaman kini,” katanya ketika ditemui di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Iklan
Suasana hari pertama Hari Kantin Karnival Rakyat Karangkraf pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhammad Aizam Aiman memberitahu, melalui aktiviti sukan rakyat itu, dia berupaya untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengatur strategi.

Jelasnya, pengalaman berkomunikasi dalam permainan e-sukan adalah berbeza kerana ia melibatkan pertemuan empat mata.

Iklan

"Memandangkan kesemua murid yang terlibat tidak pernah didedahkan dengan sukan tradisional, jadi bagi saya ia adil kerana semua bermula daripada kosong,” ujarnya.

Ahmad Darwisy

Sementara itu, Ahmad Darwisy Razali,17, berkata, Karnival Rakyat Karangkraf merupakan platform yang membantu murid-murid untuk memperkukuhkan hubungan sosial, komunikasi dan berfikir.

Menurutnya, aktiviti-aktiviti yang diadakan di karnival itu membantu murid-murid memupuk semangat berpasukan.

"Hari ini saya hadir kerana pihak sekolah (SMK Bandar Sri Damansara 2) menghantar seramai 10 orang wakil murid untuk menyertai sukan rakyat.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Rakyat Karangkraf antaranya dikir barat, puisi lagu, sukan rakyat dan sebagainya.

"Ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan menyertai sukan rakyat. Memandangkan kami tidak pernah main, jadi agak sukar untuk merancang strategi. Semuanya bergantung kepada komunikasi sahaja,” katanya.

Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung selama tiga hari bermula 26 Julai hingga 28 Julai di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15.