Pengawal keselamatan didakwa cedera kekasih

Iklan
Thava Murali Tharan (berbaju merah) diiring polis ketika hadir ke mahkamah.

PORT DICKSON - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah mencederakan kekasihnya dengan menggunakan sebilah pisau, Isnin lalu.

Tertuduh, R Thava Murali Tharan, 27, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat telah mendatangkan kecederaan kepada teman wanitanya yang berusia 28 tahun dengan menggunakan sebilah pisau boleh laras, iaitu senjata yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Kesalahan itu dilakukan pada 22 Julai 2024, jam lebih kurang 11.30 malam di sebuah apartment di Jalan Pantai Batu 6, Teluk Kemang, Port Dickson.

Iklan

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, sebat atau mana-mana daripada seksaan itu.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memberitahu, kesalahan dilakukan oleh tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

Bagaimanapun katanya, jumlah jaminan yang tinggi diharap dapat diberikan, sekiranya mahkamah membenarkannya dan tertuduh juta tidak dibenarkan menganggu mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Peguam, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Muhammad Adam Hasan merayu jaminan minimum kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menyara ibu yang sakit jantung.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan menganggu saksi sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes pada 15 Ogos ini.